Minggu, 16 Maret 2014

Scha Malu Apabila Bercakap Pasal Rusdi Ramli



Scha Al-Yahya

Malu dan seksi antara beberapa buah patah perkataan yang keluar dari tuan empunya badan, Scha Al-Yahya apabila ditanya mengenai pengalamannya berlakon bersama Rusdi Ramli.
Memegang watak Dania dalam filem terbarunya, Awan Dania The Movie, Scha masih lagi mengekalkan watak asal, namun kehadiran watak baru iaitu Rusdi didalam filem Awan Dania telah membuatkan Scha sedikit kekok untuk membawa wataknya.
“Malulah mula-mula berlakon dengan dia. Dia kan macam seorang yang berkarisma, bila bercakap pun ayat tersusun. Ton suara dia pun seksi dan matang.
“Tapi dia merendah diri, itu yang buat saya selesa dengan dia,” tambah Scha yang dipetik dari Ohbulan, hari ini.
Bagaimana pun, Scha mengakui perasaan malunya pada Rusdi hanya pada awal sesi penggambaran filem sahaja.
Dalam pada itu, diusik mengenai kata-katanya yang mengatakan Rusdi seksi, Scha menjelaskan Rusdi hanya seksi dari segi perbuatannya.
“Suara dia, renungan dia, kata-kata dia serta macam mana dia susun ayat dia, orang kata sedap didengar,” ujar isteri kepada Awal Ashaari ini.
Dalam perkembangan terbaru, Scha Al-Yahya bakal muncul dengan filem Awan Dania The Movie di pawagam pada 14 Mac ini.- Oh Bulan.Com


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest