Tampilkan postingan dengan label daripada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label daripada. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014

Terselamat Daripada Maut Selepas Berlindung Di Bawah Jeti


Terselamat Daripada Maut Selepas Berlindung Di Bawah Jeti
Terselamat Daripada Maut Selepas Berlindung Di Bawah Jeti - HOBART : Sebuah keluarga di Australia terselamat daripada maut dengan berlindung di bawah sebuah jeti apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran hutan, lapor akhbar MailOnline semalam
Bencana tersebut yang berlaku di Dunalley, Pulau Tasmania baru-baru ini menyebabkan sekitar 90 kediaman di bandar itu musnah.
Dalam insiden itu pasangan suami isteri Tim dan Tammy Holmes terpaksa berlindung di bawah jeti tersebut bersama lima cucu mereka terpaksa berlindung di bawah jeti berkenaan selama lebih dua jam.
Ketika api bertambah marak dan bekalan oksigen semakin berkurangan akibat asap tebal, mereka masih berpaut pada struktur kayu itu sambil memeluk satu sama lain dengan harapan dapat keluar daripada situasi berbahaya itu.
Keluarga tersebut kemudian bergilir-gilir memadamkan api yang mula membakar jeti tersebut dengan mencurahkan air laut.
Selepas berlindung selama dua setengah jam, Tim akhirnya berjaya menemui sebuah perahu yang digunakan oleh mereka untuk keluar dari zon berbahaya itu.
“Kami menerima mesej menyatakan ibu dan bapa serta anak-anak saya dikelilingi api yang marak. Ketika itu, saya dan suami pasrah bahawa kami akan kehilangan mereka,” kata anak perempuan Tim, Bonnie Walker dalam temu bual bersama rangkaian televisyen Australia, ABC.
Menurutnya, dia dan keluarganya bersyukur kepada Tuhan kerana mereka terselamat dalam kebakaran hutan itu yang berlaku ketika Australia dilanda suhu panas ekstrem. – Agensi
{ Read More }


Sabtu, 08 Maret 2014

Merdeka Bebaskan diri daripada penjajahan minda

Harakahdaily 

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 30 Ogs 2013
Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, umat Islam berhadapan dengan cabaran baru yang amat hebat. Umat Islam diserang dan dikepung dari kiri dan kanan, utara dan selatan. Sempadan geografi negara umat Islam dipecah-pecahkan, negara dibahagi-bahagikan, khazanah negara pula dijadikan tinjauan mahsul para penjajah, manakala rakyat pula berdepan dengan masalah baru yang mengepung mereka di setiap masa.

Di saat inilah pihak yang bermusuh dengan Islam merencana pendekatan baru bagi mengawal pemikiran umat Islam supaya selari dengan perencanaan mereka walaupun secara fizikalnya para penjajah ini telah meninggalkan bumi mereka berpijak. Senjata ini dikenali sebagai senjata pemikiran yang lebih halus dan memberi kesan jangka masa yang amat panjang.

Ketika inilah diwujudkan barangan dengan jenama baru - Islam suku agama suku, politik adalah berpisah dari agama, Islam tanpa negara, negara tanpa politik, negara tanpa syariat, dan sebagainya. Ditanam proksi-proksi mereka di serata negara umat Islam dan diberi mandat memerintah dengan mudah. Kemudian diberikan kemerdekaan bersyarat, wajib mengikut dan melaksanakan segala yang ditetapkan oleh mereka.

Setelah penjajahan pemikiran berlangsung beberapa dekat, manusia mula terasa bahang seksa dan mula mencari solusi. Ramai yang membicarakan topik keadilan dan kesejahteraan tetapi masih teraba-raba faktor utama bencana tersebut. Sedangkan dalam satu hadith riwayat Tabarani, Nabi SAW telah mengingatkan tentang bahana sekularisasi: “Sesungguhnya (di zaman pemisahan Islam dan pemerintahan) pemimpin-pemimpin Ente hanya bekerja untuk diri mereka bukan untuk diri Ente. Jika lawan Ente akan dibunuh. Jika taat Ente akan sesat”.

Inilah realiti yang berlaku serata dunia umat Islam. Penindasan dan penafian hak berpunca dari ideologi yang berperanan sebagai berhala moden. Kegagalan manusia untuk berlaku adil adalah kerana mereka tidak hidup beracuan wahyu.

Sedarlah kita, misi yang amat berat masih terpundak di bahu-bahu kita. Memerdekakan negara dari penjajah seterusnya memerdekakan jiwa manusia dari penjajahan pemikiran. Konflik yang berlaku di rantau Asia Barat adalah antara siri-siri perjalanan umat membebaskan diri mereka dari ajaran pemisahan antara manusia dan Tuhan. Malangnya kini, umat Islam yang dibunuh tetapi umat Islam yang dituduh sebagai pengganas. Mereka dikhianati oleh demokrasi sendiri, kemudian dituduh sebagai pengkhianat. Darah mereka sebagai modal kemenangan Islam kelak.
 Sempena Sambutan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia, marilah kita menyatakan ikrar kesungguhan membebaskan diri dari belenggu penjajahan minda yang masih berlangsung. Perjuangan kita belum tamat. Selagi wujud kuasa yang menafikan Islam sebagai solusi, selagi itulah penindasan tetap akan berlaku.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest