Tampilkan postingan dengan label mesti. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mesti. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Inilah Ciri Ciri Berus Dari Bulu Khinzir Mesti Baca



Inilah Ciri-Ciri Berus Dari Bulu Khinzir [Mesti Baca] | Dalam kehidupan seharian, kita banyak dihadapkan dengan peralatan yang memberi kemudahan kepada kita. Tetapi adakah kita ambil tahu tentang peralatan tersebut halal atau sebaliknya? Antara perkara yang akan saya sentuh adalah peralatan berkaitan dengan berus seperti berus cat rumah, berus blusher, berus cat lukisan dan sebagainya. Jom kita tinjau berus yang berunsurkan bulu khinzir atau babi.

Kebanyakan berus yang murah dari China diperbuat daripada bulu khinzir. Ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.


Ciri-ciri bulu khinzir


Bulu yang rimbun di hujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.



Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.


Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah telah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain dan inilah salah satu hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya oleh kerana sebahagian besar daripada kita mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal kecil seperti ini. Walaupun ia kelihatan kecil tetapi kesannya begitu besar kepada diri kita tanpa kita menyedarinya.

Jadi, mulai hari ini berhati-hatilah dengan peralatan yang berasakan bulu. Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi. ~amin~ SUMBER

{ Read More }


Sabtu, 15 Februari 2014

Zaid jelaskan kenapa Melayu mesti undi Pakatan

Harakahdaily, 06 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

"Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka peluang?" kata Zaid.

Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa.

"Parti pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai berbanding BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya.

Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan layak diberikan peluang.

"Apa yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang lebih baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis dan tentera.

"Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi.

Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang.

"Jika pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang, anda akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana yang mereka janji.

"Wang dan projek hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang kuat, jika pembangkang lemah, tentu anda tidak akan mendapat BR1M 1 dan 2.


"Adalah jelas, jika anda mahukan lebih dari BN, anda undi pembangkang. Belajarlah menghargai undi anda untuk memperbaiki hidup anda," tegas Zaid
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest