Jumat, 21 Februari 2014

Sehingga 3 Petang 76 69 Peratus Keluar Mengundi



SEHINGGA pukul 3 petang tadi, seramai 20,867 orang pengundi iaitu kira-kira 76.69 peratus telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah seramai 27,222 orang pengundi.

Sementara itu, tindakan segelintir penyokong PAS yang menendang kereta calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pagi tadi disifatkan satu tindakan biadap.

Bagaimanapun beliau yakin tindakan itu tidak dilakukan oleh orang tempatan sebaliknya dari luar.

“Saya percaya tindakan itu tidak dilakukan oleh orang tempatan kerana pengundi di sini mengamalkan kempen secara berhemah,

“Ia adalah perbuatan yang tidak mencerminkan ajaran agama Islam, akhlak kena jaga,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak bercadang membuat laporan polis atas tindakan tersebut.


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest